http://malaysia.youthsays.com/mazlinamazelan/DiGi-Youth-Jam

Jumaat, 4 Jun 2010

Kisah Kehamilan Pertama

aku menikah pada 14 mac 2009. bersanding di pihak perempuan pada hari yg same dan di pihak lelaki pada keesokan hari. mase tu aku datang bulan. then next month period aku lewat, dah seminggu tp x dtg2 jugak. biras2 aku dah mula sibuk suh test.


selepas seminggu aku pun test dan ternyata sah aku dah pregnant! gembira ada,cuak pun ada. cuak memikirkan camne perut aku boleh mengembang, sakit bersalin, mcm2 la..
sepanjang kehamilan aku tak de la masalah morning sickness sampai tak boleh bangun. cume muntah2 dan sakit kepala biase jer pada akhir trimester pertama dan awal trimester kedua. aku alah dengan bau yg kuat. yg paling aku tahan bau buah machang. kalo ade buah tu kat dapur memang aku tak masuk dapur dan masak. mau tak nyer.. asal terbau aku berlari masuk toilet.huh!mengidam pulak mcm2..lg2 bulan puase..bila pergi bazar ramadhan rambang mate tgk. sume nak. dgn keazaman yg kuat aku memilih ape yg aku tul2 nak jer. seigt aku 2 kali je kut aku pergi bazar. pastu surerender! drpd aku menelan air liur baik aku duk rumah diam2.haha.. tp ada aku teringin mkn kfc. mase tu promosi hot rod. tgk anak jiran aku mkn tertelan air liur. aku pun ajak hubby aku pergi. yg frustnye dah abis..huhuu.. melepas aku. antara yg aku idamkan air kelapa(hubby aku kaitkan) dan ns goreng cendawan(aku muntah tepi jln lepas mkn). aku dgn hubby jugak suka mkn aiskrim. pantang dengar aiskrim lalu mesti kitorang beli.
mase mengandung aku pantang pd sesetengah makanan terutama yg dikatakan berangin spt cendawan, ulam2. sbb bila mkn aku sakit2 badan. kemudian yg panas. mase tu buah durian aku mkn seulas je, pastu cepat2 minum air dlm pangsa die. tp kalo hubby aku mskkan bubur durian aku suka.=)
bila dah sarat sakit2 badan dan cramp tu biase sgt la. mula tu bila cramp tgh2 mlm aku kejutkan hubby. then hubby aku ajar luruskan dan rapatkan kaki then gerakkan jari2 kaki menghala ke badan. alhamdulillah cara sgt berkesan dan sakitnya tak berlanjutan. di tepi katil sentiasa ada minyak cap kapak, tiger balm, minyak urut dan stokin.
aku akan pitam kalo diri lame sangat dan panas. tp aku suka jln2 pantang diajak sume nak pergi.
begitulah aku sehingga aku melahirkan. nak taw pulak kisah aku melahirkan, sepanjang berada dihospital dan berpantang. tungguuuu post akan datang. chow!

2 ulasan: