http://malaysia.youthsays.com/mazlinamazelan/DiGi-Youth-Jam

Sabtu, 5 Jun 2010

Cerita Bersalin..Pengalaman Terindah..

tggu punye tggu aku dah terlambat 5 hari dari duedate. mcm2 versi citer aku dengar tentang sakit bersalin. cuak mendengar. camne la aku bila bersalin nnt? lg2 bila mengenangkan yg bertarung nyawa demi melahirkan zuriat. mak sendiri mengalami keperitan utk melahirkan aku. aku menyonsang dan akhirnya kaki kiri trkeluar dulu.
atas nasihat jkm tempat aku tu 25dis09 pg aku diarah ke hospital. aku dengar kalo dah over due kena pakse bersalin dan lebih sakit. huhu~ bayangkan la perasaannyer. mlm sblm pergi tu aku menangis puas2.
pagi esok nye aku dgn hubby pergi breakfast dulu. dan destinasi seterusnya Hospital Slim River. setelah daftar Dr. Zamzidar scan dan memberitahu baby aku mungkin seberat 4.1kg dan mempunyai risiko utk melahirkan secara normal. pilihan lain? c-section! setelah berbincang dgn hubby aku pasrah dan redha. drpd membahayakan bayi yg aku kandung dan juga nyawaku aku memilih utk menjalani c-section.
Dr. pun scan lg. saje nak tgk gender baby. "tak nampak la...dia kepit". mmg aku tak pernah tahu pun. malas aku bertanye yg penting bgku baby sihat. then Dr. seluk ke dlm faraj "dah bukak 3cm la, operate hr ni la ye? kul 2ptg" what??
sebelum aku operate aku sempat telefon mak dan atikah.
selepas dimasukan tiub air kencing, aku pun ditolak ke operation room. then aku disuruh duduk utk masukkan ubat bius dibelakang bdn. ntah nape la lame sgt proses ni. huhu..mulut aku sentiasa terkumat-kamit membaca kalimah "Lailahailallah".
masuk je bius, baring. then dr. bius tu suruh angkat kaki, ntah terangkat atau tak? aku tak rase pape dr paras perut ke bawah.
tak lame kemudian terdengarlah suara yg sgt2 aku nantikan. teriakan yg kuat. berlinang air mataku tanda kesyukuran yg teramat.lama aku tggu.............."diorg ni xnak tunjuk ke kat aku? nape xnak tunjuk? something wrong happen?" saje aku tanye dah pukul berape. pukul 4 lebih dah. then aku tanye "saya dpt baby ape?" diorg pun menunjukkan baby aku. "tgk sendiri. baby ape ni?" "perempuan" dgn airmata berlinang aku menngucupnya buat kali pertama. inilah insan yg aku lahirkan sendiri ke dunia. jadilah engkau anak yg solehah. =)
then aku direhatkan di bilik pemerhatian. kluar je dr bilik tu mmg mase utk melawat. hubby mengiqamatkan bby, tp dia tak angkat. tak berani katanya. dah 2 atau 3 hari kut baru dia berani.
3 hari 2 malam aku dihospital, dan akhirnya aku dah boleh balik. hurrayyy!

2 ulasan:

  1. ahaha...
    lin, apesal bahase ko sungguh skema?
    tapi takpe, asal ko x skema bile cakap ngan aku dah le haha..

    BalasPadam