http://malaysia.youthsays.com/mazlinamazelan/DiGi-Youth-Jam

Jumaat, 13 Ogos 2010

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
sumber : darulnuman.com

Selamat Berpuasa...

hari ni 3 hari kite berpuasa. agak memenatkan gak bile puasa dan ada baby ni. lg2 mula merangkak. dah mula meneroka alam. sekecil2 semut pun nak kejar. lg dikejar lg laju je dia...

baju raya?semua belum sedia..sampai skrg belum ada pembentangan bajet raya kerajaan erylin. kementerian kewangan blum wat kira2. mungkin beli siap. aku lagi suke beli siap. tak payah pikir nak cari kain..cari tukang jahit..harga kain+upah..bila siap..pastu tak sempat siap..haha..kalo beli siap gi kedai pastu pilih je..utk hubby yg tersayang beli shirt jer..kalo beli baju melayu takat pakai smyg raya jer..tp kalo nak beli baju melayu pun ape slh nyer..aku suke gak..utk dania lak beli dua pasang jer sbb aku pasti sgt opah dania mesti dah beli..baju yg tak pakai pun ade lg..

citer lain lak..oleh sbb ekonomi kitorg tak bape stabil..hubby mintak aku cari keje..adusss..beratnye hati nak tinggal dania..malam sebelum gi cari keje dah sebak..siannye dia..dah 7 bulan lebih tak penah berpisah. tp dah seminggu tp takde pun yg call lg.........................

Jumaat, 25 Jun 2010

Panduan Makanan Pelengkap Untuk Bayi

Minggu pertama
TEKSTUR MKNN-kisar halus atau tapis supaya mknn menjadi halus dan sedikit cair.
KEKERAPAN PEMBERIAN MKNN-
1 kali sehari pd 2-3 hari pertama
2-3 kali pada hari ke 4 hgga 6
CONTOH MKNN-
kanji/bijiran beras (bancuh dgn susu)

Minggu 2-4
TEKSTUR MKNN-lecek mknn mjadikannya kasar dan sdkit pekat.
KEKERAPAN PEMBERIAN MKNN-2-3 kali sehari
CONTOH MKNN-
  • bijiran beras(bancuh dgn susu), kentang lecek halus, sayuran yg di msk dan lecek spt lobak merah, labu, bunga kobis, sawi dan bayam.
  • buah2an yg tidak mpunyai keasidan yg tggi (ciku,epal pisang, pear, betik yg dilecek kasar)
  • mknn sumber protien spt ikan bilis (grg tnpa minyak, blend dan tapis), tauhu lembut tidak bperisa, kacang pis frozen dilecek, hati ayam, ayam (lembut dan hancur), isi ikn, daging.
7-8 bulan
TEKSTUR MKNN-lebih kasar, pekat dan lembut.
CARA PENYEDIAAN-lecek
KEKERAPAN PBERIAN MKNN-3-4 kali sehari
CONTOH MKNN-
  • bijiran beras (bancuh dgn susu)
  • bijiran campuran (gandum/oat+beras+susu)
  • sayur2 yg dimasak dan dilecek (karot, labu, tomato, bunga kobis, sawi dan bayam)
  • buah2 yg tidak mempunyai keasidan yg tggi(ciku, epal, pisang, pear dn betik yg dilecek ksr.
  • mknn sumber protien spt ikan bilis (grg tnpa minyak, blend dan tapis), tauhu lembut tidak bperisa, kacang pis frozen dilecek, hati ayam, ayam (lembut dan hancur), isi ikn, daging.
  • mknn yg mudah digenggam atau pegang spt roti lembut, biskut bayi(tanpa gula), buah2 spt pisang dan betik
9-11 bulan
TEKSTUR MKNN-lembut
CARA PENYEDIAAN-cincang/dipotong kecil.
KEKERAPAN PEMBERIAN MKNN-4-5 kali sehari mengikut selera bayi termasuk snek
CONTOH MKN-
  • nasi lembik
  • bijiran sarapan pg (tanpa gula)+susu
  • roti bakar dgn telur msk hancur
  • pelbagai jenis sayuran berwarna(carrot, bunga kobis, dan sayuran hijau)
  • pelbagai buah2 yg dipotong kecil(ciku, epal, pisang, pear, betik, tembikai susu.
  • buah2an yg kaya dgn vitamin c (oren, betik, jus oren asli dan tidak ditambah gula
  • yogurt asli, puding susu.
  • mknn sumber protein spt daging lembut yg dicincang, kuning telur sepenuh msk dan dihancur, hati ayam, isi ikan.
  • mknn yg mudah digenggam atau pegang spt roti lembut, biskut bayi(tanpa gula), buah2 spt pisang dan betik, hirisan buah2an, lobak merah & keju.

Dania Dah 6 Bulan!!

dania dah 6 bulan nih.tiba masa utk bg solid food.mgkuk dan sudu opah dah belikan.for the very 1st time try bg cerelac beras campur dgn susu yg dania minum.mula2 mkn tu muka pelik.hehe.tp byk gak r mkn.dania still meniarap lg but dah laju.punggung dah ringan.dada pun dah tggi skit.so ibu kena r prepare utk dania merangkak pulak.lg la tak senang duduk.dania nangis pun dah lain skrg.dulu menjerit.skrg dah lebih pd mencebik.lwk lak tgk.mcm nak mengadu je.dania suka tgk tv terutama iklan2.kalo pggil pun dia tak toleh.tak berkelip mata.dan remote pun dia suka sgt.kalo nampak remote laju je nak ambik.so kena sorok remote slalu.kalo tido lsk sgt.bila ku bangun pg mesti dia dah beralih jauh.dan mase tido dia terbwk2 meniarap.yg aku risau dia tertutup hidung.sesape ade pndpt camne nak elakkan ni?selamat hari lahir yg ke stgh tahun anak ibu.jadi anak yg bijak taw.mmuuaaahhh..

Ahad, 13 Jun 2010

Resepi: Sambal Ikan Bilis & Kentang

ni la yg aku dan hubby mkn selama rumah sewa kitorg takde peti ais. bahan2 sume bhn kering dan tahan lame. nak masak pun senang. yg tak pandai msk pun mesti boleh msk ni. simple sgt sgt sgt sgt..haha

Bahan2
1 biji bawang
1 biji kentang
segenggam ikan bilis
5-6 biji cili kering
sedikit belacan
minyak dan garam secukupnye

Cara2
  1. buang biji cili kering dan rebus. bilas dan kemudian blend dgn stgh biji bwg dan belacan.
  2. kupas dan potong kentang ikut suka hati anda. bersihkan ikan bilis. goreng kedua2 bhn ni. angkat dan ketepikan.
  3. tumis bahan kisar dan stgh biji bwg lg. bila dah nak kering baru masuk ikan bilis dan kentang tadi.
  4. masukan garam secukup rase.
  5. siap dihidang. aku mkn dgn telur grg dan ns pns.
selamat mencuba!

Cerita Dalam Pantang..

selama 3 hari aku kat hospital. air susu tak kluar. sian bby.. isap2 tp xde air. sebelum balik bby pun dah nampak kuning. tp tak kena tahan la sbb baru naik skit. sampai je rumah hubby aku trus belikan fm. aku lak bg bby minum air zamzam. 2auns habis dia minum. sian aku tgk. tak sabar nak suruh tukang urut mengurut.
esoknye tukang urut pun mengurut. baru rase berat dada. tp mslhnye puting lak pendek. huhu.. kalo bg bby menyusu, sakitnye Tuhan je la yg tahu. nak nagis pun tak terkeluar air mata. solutionnye beli breast pump. first time pakai berdarah lak puting. 3 hari jugak la sebelah breast rehat. bila tak perah melimpah2 pulak susu kluar. sayangnye, huhu..
aku mengaku la dgn pengetahuan bf yg kurang aku menggilirkan bf dan fm sampai skrg. tp kalo bf pun aku terpakse bg guna botol gak. sbb bby asik tido sbb jaundis. kalo directly bf mmg susah. sepatutnye feed setiap 2 jam. ni nak bgn pun susah. hubby tak abis2 gelikan kaki dia supaya bgn tp still tido gak. kalo tak feed nanti lg teruk kuning dia sbb kuning tu akan kluar melalui najis dia.
dalam mase seminggu blh kate tiap2 hari pergi klinik kesihatan utk check darah. dan sekali tu kena check kat hospital. tp syukur tak kena tahan.
mcm aku dgr nak ubatkan kuning ni. org ckp bg susu kambing aku bg, tp takde perubahan pun. mandikan dgn herba cina, aku buat gak. dan yg blh kate berkesan tu aku bg minum sengkuang cina( kecik je mcm bwg, kulit keras. kupas kulit dia, isi wane putih, then lenyek dan tapis, tambah air skit. bg bby minum 2 kali sehari.rasenye manis2. mungkin air ni sejuk buat bby asik terkencing).
pd hari ke-11 tali pusat pun jatuh. kekuning tak ketara sgt bila bby dah 2 mggu. lega rasenye..
pd suatu mlm oleh sbb keletihan sbb perubahan tido yg tak tentu hala, atau perubahan hormon atau sbb2 lain yg aku tak ketahui. biase la bby baru lahir lebih byk bjaga diwaktu mlm. mlm tu aku cuba menyusukan bby sambil menepuk2 peha dia. tp makin kuat lak bby nangis. tiba2 baru aku tersedar aku tepuk dia terlalu kuat. bila aku menggosok perlahan blkg bdn bby baru dia tido. bila menatap bby aku rase menyesal sgt wat camtu. maafkan ibu sayang.. ;'(
pati ikan haruan dan ikan haruan direbus dgn bwg, halia dan serbuk kunyit menjadi menu harian aku sbb aku bersalin secara c-section. org ckp ikan haruan tak sedap tp aku telan je. kalo takde ikan haruan ikan bilis je la lauk aku. cukup je abis pntg, walaupun mak aku tak bagi aku dah mkn ayam.hehe..
dalam pantang aku byk dgr amalan dan petua yg kadang2 tak masuk akal aku.haha.. mak aku ckp kalo kluar rumah bwk paku sbb besi tu utk menguatkan semangat. tp aku kan naik kereta? kereta tu bukan besi? tak cukup besar ke besi tu? dan bwk penyapu jugak. ade sekali tu mak aku bwk penyapu pergi klinik. nasib baik la tggalkan dlm kete je..kalo tak mane aku nak sorok muke.haha.. lg mak aku ckp kalo basuh baju bby jgn guna washing machine nnt pusat bby timbul. ni lawak sgt. aku basuh je gune washing machine tp elok tenggelam je pusat bby.hahahaha..
aku ni takde pengalaman dan pengetahuan mase dlm pntg, byk aku dgr ckp2 org. ade yg ckp bg bby ssolid food/pisang lecek seawal 3 bulan. tp aku dan hubby nak tggu sampai bby 6 bulan baru bg solid food.
ni la sedikit coretan aku dalam pantang buat kali pertama. semoga ini jadi panduan utk mase akn dtg......

Sabtu, 12 Jun 2010

Dania Hari Ini (13/6)

skrg dania dah 5 bulan stgh. dah pandai meniarap dan blaja2 nak angkat punggung.haha. sebelum masuk 5 bulan aku risau sgt dania belum meniarap.bukan ape, dlm buku rekod tu ade tanye 5 bulan dah blh meniarap dan terlentang. mcm2 la buat nak galakkan dia meniarap. mengiringkan dan letak bantal kat blkg badan. letak toys supaya menarik minat. tp dania mcm mls jer. and then, amazingly 4 hari sebelum masuk 5 bulan dgn sendirinya dia meniarap. bangga sgt aku.hahahha..
but sekarang ni aku yg tak terkejar. abis seluruh pelusuk rumah dania nak menjelajah. bila aku masak atau mandi, sekejap2 mesti nak intai ape dania buat (ni la mother instinct. naluri keibuan yg sentiasa risaukan ank,stiap ibu yg ada ank mesti ade ni). dania pun dah angkat punggung skit. tak lame lg merangkak la pulak. huhu..
dania pun boleh pegang botol susu sendiri, aku belikan botol yg ade holder. tp still dibawah pengawasan aku la. so sambil dia menyusu tu aku boleh r lipat baju atau keje2 lain.
sign kalo dia nak menyusu kalo aku tgh baring2 tu dia pegang dada aku then dia baring.haha..pandai anak ibu.
dania pun dah mahir mengguna tgn dia. kalo dulu tgn asik menggenggam tp skrg ni dania dah pandai angkat toys dan bantal dia. cute sgt jari2 tu..
dania pun tido lasak skrg. mesti nak mengiring, kdg2 tu tgh tido pun nak meniarap. bila aku terjaga mlm2 tgk dania tido same mcm ayah dia,like father like dautgher.haha..yg aku risau kalo dia tertutup hidung. aku tak selimut dia, takut lemas. jadi kena la psg ubt nyamuk sesekali ade gak nyamuk gigit. ade sesape ade solution??
mulut pun dah riuh. asik wuu..wuu.. kdg2 mcm nyanyi pun ade. name sendiri pun dah kenal. kalo org panggil dia menoleh.
tak lame lg dania dah nak mkn. aku pun dah belikan mangkuk dan sudu dania. tak sabar nak suap dania. nyam..nyam..
cepat tul mase berlalu bila tgk gbr2, rindu dania yg pakai sarung tgn yg besar tu....
sekian update perkembangan dania.